FAQ For Brands
Bagaimana Alpounder berfungsi?
Alpounder ialah platform yang menghubungkan brands dengan Content Creator, KOL dan Influencer di Malaysia. Anda boleh mencari creator mengikut niche, lokasi, platform dan pelbagai kriteria sebelum memulakan kolaborasi.
Adakah saya perlu membayar untuk mendaftar?
Tidak. Pendaftaran akaun adalah percuma. Bayaran hanya dikenakan apabila anda ingin melancarkan campaign atau menggunakan perkhidmatan tertentu di dalam platform.
Bagaimana saya mencari Content Creator?
Gunakan fungsi carian dan penapis untuk mencari creator berdasarkan kategori, lokasi, platform media sosial, niche dan maklumat lain yang berkaitan.
Bolehkah saya menghubungi creator secara terus?
Ya. Setelah anda menemui creator yang sesuai, anda boleh menghantar jemputan atau berhubung melalui platform bergantung kepada jenis akaun anda.
Bolehkah saya menjemput beberapa creator untuk satu campaign?
Ya. Anda boleh menjemput seramai mana creator yang diperlukan mengikut keperluan campaign anda.
Bagaimana pembayaran kepada creator dibuat?
Pembayaran dilakukan mengikut syarat campaign yang ditetapkan oleh brand. Creator akan menerima bayaran selepas memenuhi keperluan campaign dan mendapat pengesahan.
Adakah Alpounder membantu mengurus campaign?
Ya. Alpounder memudahkan proses mencari creator, menghantar jemputan, mengurus penyertaan campaign dan memantau prestasi campaign dalam satu platform.
Siapa yang sesuai menggunakan Alpounder?
Platform ini sesuai untuk SME, syarikat korporat, startup, agensi pemasaran, restoran, francais, eCommerce dan mana-mana perniagaan yang ingin menjalankan influencer marketing.
FAQ For Creator
Siapa boleh menjadi Content Creator di Alpounder?
Sesiapa sahaja yang aktif menghasilkan kandungan di TikTok, Instagram, Facebook, YouTube atau platform lain (Threads) boleh memohon untuk menyertai Alpounder.
Adakah saya perlu mempunyai ramai followers?
Tidak semestinya. Banyak campaign turut mencari Nano dan Micro Creator yang mempunyai engagement yang baik serta audiens yang relevan.
Bagaimana saya menyertai sesuatu campaign?
Pilih campaign yang sesuai dengan niche anda dan hantar permohonan melalui platform. Brand akan menyemak profil anda sebelum membuat pemilihan.
Adakah penyertaan adalah percuma?
Ya. Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai Content Creator.
Bagaimana saya menerima bayaran?
Bayaran akan diproses selepas kandungan dihantar, disemak dan diluluskan mengikut syarat campaign.
Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu campaign?
Ya. Anda boleh memohon dan menyertai beberapa campaign selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh setiap brand.
Bagaimana saya meningkatkan peluang dipilih?
Lengkapkan profil anda dengan portfolio, media sosial, niche, lokasi dan contoh kandungan terbaik. Profil yang lengkap mempunyai peluang lebih tinggi untuk dipilih.
Apakah jenis campaign yang tersedia?
Campaign merangkumi pelbagai industri seperti Food & Beverage, Beauty, Technology, Automotive, Travel, Education, Fashion, Finance dan banyak lagi.
